Tuesday 3 January 2012

Amalan Menyembuhkan Penyakit Mata

Kepada sesiapa yang dapati matanya rabun, maka amalkan panduan berikut: Pada tanggal malam purnama hendaklah dia keluar memandang bulan sambil membaca Al- Fatihan 7 kali, Al-Ikhlas 3 kali, lalu membaca doa dibawah sebanyak 7 kali dengan penuh yakin dan ikhlas kerana ALLAH kemudian usupkan kepada kedua-dua mata. Insyaallah pandangan mata akan cerah kembali.







Mencerahkan Pandangan

Semasa muazin sedang azan dan ketika menyebut "Asyhadu ana muhammada rusulullah" maka bacalah kalimah tersebut dibawah dan hembus pada kedua-dua ibu jari, lalu diusupkan ke kedua-dua mata, Dengan izin Allah, mata menjadi terang dan sihat.



Mencerahkan Mata

Sebelum solat jumaat, yang paling afdhal ketika selepas azan pertama dan sebelum azan kedua, bacalah Ya Basit sebanyak 100 kali dan di iringi dangan doa, Insyaallah amalan tersebut boleh mencerahkan mata. 





Hindar dari Kemudharatan

Doa untuk menghindarkan diri dari bahaya dan kemudharatan, di baca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang.

Insyaallah, semoga kita sentiasa di lindungi Allah dari apa jua kemudharatan dan kecelakaan.

Sunday 1 January 2012

Selawat Syifa




Ya Allah, berilah selawat serta salam ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w agar dengannya dapat menyembuhkan hati dan penawar dengannya, dan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan kesembuhan dengannya, serta diberikan anugrah cahaya penglihatan dan kurniakan dengannya, dan juga keberkatan dan salam kepada sahabat-sahabat baginda.